Persembahan sambutan keberangkatan tiba DYAM TMJ Pemangku Sultan Johor mencemar duli untuk merasmikan TMIYC Pasir Gudang oleh anak² remaja belia pewaris harapan masa hadapan.

 

Walaupun masa latihan terlalu singkat kami cuba sebaik mungkin untuk menunaikan amanah yang diberikan, mohon berbanyak kemaafan atas segala kelemahan dan kekurangan.

Gabungan perguruan silat dibawah naungan PERSATUAN SILAT KEBANGSAAN PESAKA JOHOR BAHRU merupakan entiti pertama yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan karnival pertandingan pencak silat seni dan tempur tanding olahraga jemputan antarabangsa di dewan utama TMIYC.

Berbanyak terima kasih buat YB Datuk Bandar MBPG atas penghormatan ini dan merafak sembah Menjunjung Kasih Tunku atas keraiannya mencemar duli bersama kami dan menyuntik sesuatu kurniaan hadiah semangat buat kami semua.. DAULAT TUANKU…

Sesi Ke-2 Silibus Gelanggang Dewasa Pembukaan Tahun 2025

Sesi pertama Gelanggang Dewasa Pembukaan Tahun 2025