Karnival Pencak Silat Beradat
Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Johor Bahru bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang akan menganjurkan Karnival Pencak Silat Beradat Jemputan Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024 Kali Ke-3 seperti berikut:
Tarikh: 25-28 Disember 2024 (Rabu-Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi – 10.00 Malam
Tempat: Atrium Kompleks Pusat Bandar, UTC Pasir Gudang, Johor.
Seramai hampir 600 pesilat pembangunan atlit remaja dan pesilat dewasa senior dari 20 perguruan silat yang akan menyertai Karnival ini terdiri daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Orang ramai semua dijemput hadir bagi menyaksikan, memberi sokongan dan memeriahkan lagi suasana kejohanan.
Kejuaraan Silat Merebut Piala Pusingan YDP PESAKA JOHOR BAHRU
Sedikit Moment-3 Kejuaraan Silat Merebut Piala Pusingan YDP PESAKA JOHOR BAHRU Pembangunan Atlet Bagi Gabungan Semua Perguruan Silat Tahun 2024
Persembahan silat sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-21 & Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sesi 2023/2024 SK KOTA MASAI