Karnival Pencak Silat Beradat

Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Johor Bahru bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang akan menganjurkan Karnival Pencak Silat Beradat Jemputan Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024 Kali Ke-3 seperti berikut:
Tarikh: 25-28 Disember 2024 (Rabu-Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi – 10.00 Malam
Tempat: Atrium Kompleks Pusat Bandar, UTC Pasir Gudang, Johor.
Seramai hampir 600 pesilat pembangunan atlit remaja dan pesilat dewasa senior dari 20 perguruan silat yang akan menyertai Karnival ini terdiri daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Orang ramai semua dijemput hadir bagi menyaksikan, memberi sokongan dan memeriahkan lagi suasana kejohanan.

50 orang pesilat kita akan masuk ke gelanggang kejohanan selama 4 hari ini, 25-28 Disember 2024, Kejohanan Pencak Silat Jemputan Antara Bangsa Piala Datuk Bandar MBPG di UTC Pasir Gudang

Majlis Tautan Kasih Abjad Asli Malaysia Gelanggang SMKKM-2

Latihan Gelanggang ABJAD ASLI MALAYSIA SK Kopok

Alhamdulillah... Bersilat lagi malam ini di Gelanggang ABJAD ASLI MALAYSIA SK Kopok, Pasir Gudang 22 Okt 2024 (Isnin) 8.30 - 10.00 malam Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

SILAT JUNIOR CHAMPIONSHIP

SILAT JUNIOR CHAMPIONSHIP 5X5 PERINGKAT NEGERI JOHOR & STEM 2024

Latihan Gelanggang ABJAD ASLI MALAYSIA SK Kota Masai

Bersilat lagi malam ini di Gelanggang ABJAD ASLI MALAYSIA SK Kota Masai, Pasir Gudang. 2 Okt 2024 (Rabu) 8.30 - 10.00 malam. Sediakan Payung Sebelum Hujan

Kejuaraan Silat Merebut Piala Pusingan YDP PESAKA JOHOR BAHRU

Sedikit Moment-3 Kejuaraan Silat Merebut Piala Pusingan YDP PESAKA JOHOR BAHRU Pembangunan Atlet Bagi Gabungan Semua Perguruan Silat Tahun 2024

Persembahan silat sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-21 & Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sesi 2023/2024 SK KOTA MASAI